Tuesday, March 27, 2012

Bisnes Dunia: Jepun eksport pusat beli-belah

Bisnes Dunia: Jepun eksport pusat beli-belah


2012/03/27

JEPUN merancang membuka kawasan beli-belah di luar negara yang dinamakan sempena daerah fesyen terkenal di Tokyo termasuk Harajuku dan Ginza sebagai sebahagian daripada promosi kebudayaan. 

Kementerian Ekonominya berkata, ia akan menjadi tuan rumah bagi forum ‘suai-padan’ pada bulan depan antara peruncit negara itu dengan peruncit luar negara serta firma lebih kecil yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian dan makanan hinggalah kepada manga dan anime, siri komik dan kartun yang popular dan berjaya menarik perhatian global.
“Langkah itu disasarkan kepada eksport keseluruhan fesyen jalanan yang dinamakan sempena daerah terkenal seperti Harajuku,” kata jurucakap kementerian itu kepada AFP.
Pada Oktober, lebih daripada 12 syarikat pakaian Jepun membuka mini hab komersial yang dipanggil Harajuku Street Style di Singapura, dalam usaha untuk menggerakkan semula ekonomi negara yang dilanda bencana itu. 

Harajuku adalah sebuah daerah penetapan fesyen yang popular di kalangan orang muda manakala Ginza pula adalah pusat fesyen dan jenama mewah. 

Kementerian Ekonomi Jepun memulakan program Cool Japan bagi meluaskan pasaran luar negara untuk budaya pop, fesyen dan permainan Jepun kepada 11 trillion yen (AS$130 bilion) setahun menjelang 2020. 

Pasaran luar negara yang menjadi sasaran adalah China, Korea Selatan, India, Perancis dan Amerika Syarikat (AS). 
“Generasi muda di Asia, AS dan beberapa negara Eropah sangat mengagumi rekaan dan nilai fesyen Jepun,” kata Yusuke Kawamura, kauselor kanan di Daiwa Institute of Research kepada akhbar Yomiuri Shimbun. – AFP

No comments:

Post a Comment